top of page

PM terima baik sokongan MP Bukit Gantang kepada Kerajaan Madani



Sokongan Ahli Parlimen (MP) Bukit Gantang ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima baik oleh Perdana Menteri (PM) ke 10 itu.


Hal itu setelah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyatakan sokongan secara terbuka dalam sesi pertanyaan PM di Dewan Rakyat pagi tadi.


Terdahulu Bukit Gantang menyatakan bahawa ancaman sebenar di dalam negara adalah perpecahan rakyat, bukannya ancaman luar atau komunis sebagaimana dipropagandakan pembangkang sebelum ini.


"Oleh itu demi negara yang tercinta, saya meminta Tambun, Pagoh dan Bera buang yang keruh ambil yang jernih


"Marilah Pagoh dan Bera sebagai bekas PM membantu Tambun membina masyarakat Madani.


"Kepada Ahli Parlimen pembangkang marilah kita berunding sebaik baiknya dengan pihak kerajaan sebagaimana persefahaman semasa YB Bera menjadi PM.


"Adakah YB PMX sedia menyambut Ahli Parlimen yang berpengalaman, berkebolehan, membantu membangun rakyat dan ekonomi?" tanyanya.


Sejurus kemudian beliau meneruskan ucapan dengan menyatakan sokongan kepada pentadbiran PM Anwar Ibrahim.


"Saya bersedia memberi dan membantu kerajaan masyarakat Madani


"Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong YAB Tambun sebagai PM ke 10 dan gagasan Kerajaan Madani," katanya disambut tepukan gemuruh penyokong kerajaan dan teriakan 5 - 0, memberi isyarat telah 5 Ahli Parlimen Bersatu-PN yang menyatakan sokongan kepada PM.


Dalam jawapannya, Datuk Seri Anwar mengucapkan terima kasih dan bersedia untuk menghulurkan kerjasama dengan Ahli Parlimen pembangkang demi memperbaiki dan memulihkan negara.


"Saya ucap terima kasih YB Bukit Gantang, sahabat lama, yang kembali memberikan sokongan dengan prinsip ditegaskan, pertama untuk menjalin perpaduan, kedua untuk ekonomi supaya boleh dipacu lebih berkesan dan ketiga permasalahan yang dihadapi masalah ekonomi global yang memberi kesan dan dampak negatif kenaikan harga barang serta kos sara hidup dapat diselesaikan melalui kerjasama dan muafakat yang lebih mendalam.


"Kesediaan saya menerima kerjasama. Walau tidak semestinya menyertai, Bukit Gantang saya ucap terima kasih kerana beri sokongan terbuka, tetapi yang lain, sebagaimana saya sebut, saya telah buka ruang dari awal adakan perbincangan bukan sahaja CSR yang diselaraskan oleh TPM II tetapi untuk mendengar pandangan mereka.


"Saya anggap kenyataan (Bukit Gantang) sangat penting dan saya alu alukan kerjasama sekiranya diperlukan," katanya.


Penyataan sokongan dari Ahli Parlimen Bukit Gantang ini adalah yang pertama dilakukan di Dewan Rakyat dan secara bersemuka.


Sokongan 4 Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini dilakukan melalui kenyataan media.



0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page