top of page

PM tekad lunas janji reformasi, pulihkan ekonomi



Sebagai sebuah kerajaan yang peka, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar untuk terus berjuang dan tidak berputus asas demi rakyat ketika keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.


Perdana Menteri berkata, banyak perkara yang kerajaan perlu lakukan untuk merubah kebobrokan dalam institusi negara dan ekonomi serta mengangkat darjat kehidupan rakyat.


"Selagi hayat dikandung badan, saya berikrar untuk tidak berputus asa berjuang demi rakyat. Sebagai Perdana Menteri, saya telah diamanahkan untuk melunaskan janji reformasi yang saya laungkan selama ini


"Saya tahu keadaan hari-hari ini sangat mencabar untuk ramai orang. Yakinlah bahawa Kerajaan Madani peka akan rintihan kalian. Saya mendengar kalian," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak akan berhenti setelah mencatatkan kelulusan pelaburan langsung RM329.5 bilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah negara malah lebih banyak pelaburan baharu sedang diusahakan.


Katanya Kerangka Ekonomi Madani yang disokong dengan kertas-kertas dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bakal menjayakan transformasi ekonomi Malaysia.


Tambahnya industri-industri baharu seperti keterjaminan makanan, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu ini akan menarik minat lebih ramai pelabur serta merancakkan lagi ekonomi negara. Walhasil, manfaatnya akan dikecapi rakyat.


"Dengan pelaburan yang baharu diluluskan ini, inshaAllah, ia akan mula mengalir ke dalam ekonomi negara dalam masa terdekat," katanya menyatakan kemasukan pelaburan itu adalah manifestasi keyakinan yang nyata kepada Kerajaan Madani.


Pelaburan langsung baharu itu jelas Anwar waima domestik atau antarabangsa, membawa makna yang melangkaui daripada sekadar pekerjaan baharu yang lebih bermakna.


"Pelabur-pelabur ini memberi tanda keyakinan terhadap negara kita, keyakinan yang amat mencukupi untuk bukan sahaja melaburkan wang mereka di sini, bahkan melabur kepada kalian untuk dikongsi dengan semua serta dikembangkan berganda-ganda.


"Pelaburan baharu bermaksud matlamat baharu, pendekatan segar untuk mencapai kemajuan ekonomi, serta peluang baharu bagi lebih ramai rakyat Malaysia melonjakkan tahap pemikiran dan kemahiran agar menjadi berdaya saing dalam ekonomi abad ke-21," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page