top of page

PM tegaskan pengukuhkan kerjasama politik, pelaburan di kalangan ASEAN



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada permukiman hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke 42 di Indonesia petang tadi menegaskan keutamaan kerjasama lebih konkrit dalam kalangan negara Asia Tenggara untuk maju ke hadapan.


Manakala dalam sesi Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (15th IMT-GT Summit) dan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines (15th BIMP-EAGA Summit) pula beliau menekankan peri pentingnya pengukuhan kerjasama di antara negara-negara terlibat.


"Ini bakal mencetus kepelbagaian aktiviti ekonomi rentas sempadan dalam usaha meningkatkan lagi nilai perdagangan dan pelaburan.

"Sewaktu kunjungan hormat Presiden Asian Development Bank (ADB), saya menyampaikan harapan Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang tenaga dan perubahan iklim, terutama pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal selain bidang ‘ekonomi hijau’ .

"Pada sidang akhbar bersama media Malaysia sebelum pulang ke tanah air, saya maklumkan komitmen Putrajaya berkaitan penambahbaikan infrastruktur di perbatasan sempadan negara," katanya dalam catatan di Facebook.


Selain itu, kata Anwar, Putrajaya teguh dalam tekadnya memperjuangkan penubuhan Dana Kewangan Asia (Asian Monetary Fund) agar dapat memahami dengan lebih baik realiti dan keperluan pembiayaan serta kewangan negara-negara di rantau ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page