top of page

PM tegas untuk terus perangi rasuah



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tidak akan membenarkan rasuah berlaku ketika negara berada dalam kepimpinannya.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan gejala rasuah sebelum ini sudah menjadi sistem sehingga pemimpin yang korup dipertahankan akibat terlalu taksub dan beliau tidak mahu ia berulang.


"Umpamanya kalau ada kuasa, beri tanah kepada isteri dan kontrak berbillion ringgit kepada menantu, itu dimaafkan tidak jadi isu (tiada tindakan). Saya anggap itu aneh sebab tidak diasuh sebegitu.


"Wang berbilion ringgit sepatutnya dipindahkan (diperuntukkan) kepada rakyat," katanya yang menegaskan tidak mungkin sesuatu negara mampu berkembang jika kemasukan wang secara haram dan tindakan memberi kekayaan kepada keluarga dan kroni diteruskan.


Beliau berkata begitu dalam Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri, yang disiarkan di TV3 malam tadi.


Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau tekad untuk tetap terus memperjuangkan aspek tatakelola yang baik.


Dalam setahun, katanya, pentadbiran Kerajaan Perpaduan mencatat rekod tersendiri apabila tiada pemimpin yang dikesan mengaut kekayaan secara haram.

"Saya mengambil alih kuasa dengan satu mandat dan saya tidak akan bertolak ansur (terhadap rasuah) saya bersyukur setahun ini belum ada satu sanggahan (kes) terhadap mana-mana pemimpin yang mengaut kekayaan secara haram.


"Ini satu rekod yang tidak boleh dimungkiri kenyataannya," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page