top of page

PM tawar penyelesaian isu bekalan air bersih, kerjasama pusat - negeri

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 13, 2023
  • 1 min read


Rakyat Kelantan ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim penyelesaian tuntas isu bekalan air bersih yang dihadapi mereka sejak 1990an lalu dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Di Kota Bharu, malam tadi.


Menurut PM, satu pendekatan bersama akan diambil di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek bekalan air yang lengkap untuk rakyat Kelantan.


"Saya sempat bincang dengan Menteri Besar (MB), dengan Menteri Sumber Asli, Nik Nazmi. Petang tadi saya sembahkan pandangan kepada Ke Bawah Duli Tuanku Sultan (Kelantan)


"Kelantan ini hadapi masalah bekalan air minum agak serius. Jadi saya nak kemukakan cadangan supaya dengan kerjasama Persekutuan - Kerajaan Negeri, kita adakan pertemuan dan Kerajaan Persekutuan, seandainya Kerajaan Negeri beri kerjasama akan cuba laksanakan projek bekalan air yang lengkap dan tepat untuk negeri Kelantan keseluruhannya.


"Saya tidak fikir wajar setelah 60 tahun merdeka kita bergelut dan menjadikan ini maslaah politik yang tidak berkesudahan dan bebankan rakyat.


"Kita akan cari dana, cuba cari penyelesaian tetapi dengan kaedah yang betul dan kerja sama penuh Kerajaan Negeri Kelantan," katanya disambut tepukan gemuruh ribuan hadirin dalam jamuan berkenaan.


Selain itu, Anwar turut mengumumkan satu rekod tersendiri apabila pada tahun ini peruntukan paling banyak diagihkan kepada negeri Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023 biar pun negeri itu adalah kubu kebal Pas.


"Saya nak rekod pada tahun ini, 2023 berbanding tahun tahun sebelumnya, inilah tahun yang mana paling banyak projek diluluskan di Kelantan.


"Kalau saudara dengar pandangan di sebaliknya (penindasan), ia tidak mewakili fakta dan kebenaran.


"Saya ucap terima kasih bila di tanya di sidang Dewan Undangan Negeri Datuk MB jawab berdasarkan fakta, walaupun pada ketika itu dia belum dapat keterangan detail," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page