Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diundang badan perniagaan dan pemimpin masyarakat Islam China menghadiri majlis iftar petang semalam.
Dalam pertemuan itu Anwar menyampaikan ucapan menjemut secara rasmi para pelabur China untuk menanam modal di Malaysia yang mempunyai pelbagai peluang untuk diteroka.
"Semalam saya berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat Islam serta kumpulan dan badan perniagaan di Beijing.
"Dalam ucapan ringkas, saya berkongsi hasil pertemuan delegasi Malaysia bersama Presiden Xi Jinping, di mana Malaysia dan China saat ini mempunyai visi dan matlamat yang sama dalam mencipta tamadun yang mampan, harmoni serta mementingkan aspek nilai dan kemanusiaan," katanya.
PM juga mahu lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi ke Malaysia bersesuaian dengan tenaga kerja mahir yang dimiliki negara serta kemajuan teknologi tinggi China kebelakangan ini.
"Saya turut mengajak badan-badan perniagaan untuk bersama dalam anjakan ini dan berusaha membawa lebih banyak pelaburan yang tinggi dan berkualiti ke Malaysia," katanya lagi.
China dalam beberapa tahun kebelakangan telah menjadi negara ekonomi nombir 2 terkuat dunia di belakang Amerika Syarikat dan akan mengambil alih terajau ekonomi dunia dalam sedekad akan datang.
Negara itu juga telah menjadi kuasa besar baharu dalam bidang teknologi industri, robotik, kecedasan buatan, angkasa lepas dan pertanian pintar.
Comments