PM sumbang lembu korban buat pengamal media Negeri Sembilan
- Azuan Ab Rahman

- 16 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan seekor lembu kepada pengamal media Negeri Sembilan sebagai sokongan bagi menjayakan ibadah korban bersempena dengan Hari Raya Aidiladha.
Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Muhd Danial Amsyar Arfi berkata, sumbangan tersebut sekaligus memberi peluang kepada pengamal media di negeri itu menjalankan program korban pada tahun ini.
"Program korbani dianjurkan dengan kerjasama Masjid Kariah Taman Bandar Senawang ini menjadi platform untuk mendekatkan pengamal media dengan masyarakat menerusi aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

"MANIS berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan membantu mereka yang kurang berkemampuan, sekali gus memperkukuh hubungan antara media dengan komuniti," katanya dalam kenyataan.
Menerusi kenyataan sama, Muhd Danial turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas sumbangan berkenaan yang menunjukkan tanda keprihatinan terhadap pengamal media.
Beliau turut memaklumkan, sebahagian daging diagihkan kepada golongan memerlukan dan sebahagian lagi kepada ahli MANIS.




Comments