top of page

PM sukses jalin hubungan antara negara di Sidang Kemuncak ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 11, 2023
  • 2 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu sukses dalam menjalin hubungan di antara negara Asia Tenggara dan Malaysia dalam sidang kemuncak ASEAN ke 42 di Indonesia yang berakhir hari ini.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, David Cheong, kejayaan Anwar itu dapat dilihat dengan pertemuan bersama 4 ketua kerajaan yang dilakukannya pada hari pertama sidang berkenaan.

David Cheong

Selain itu, katanya, suara PM juga lantang dalam menuntut krisis politik di Mynamar agar diselesaikan segera kerana telah melewati tahun ketiga dan menggusarkan negara jiran yang lain.


"Datuk seri Anwar selaku PM yang mengetuai delegasi Malaysia telah mengetengahkan pelbagai isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau.


"Seruan agar ASEAN bertindak lebih tegas menyelesaikan krisis Myanmar, ketekadan Malaysia untuk memainkan peranan penting sebagai anggota ASEAN dalam pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik, serta lebih membanggakan bila PM dengan beraninya mengulangi gesaan penubuhan Dana Kewangan Asia sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


PM juga, menurut David Cheong, mengambil bahagian dalam perbincangan suamuka antara pemimpin ASEAN bersama Perwakilan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Belia ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Komuniti ASEAN Wawasan Pasca 2025.


Melalui pertemuan dua hala itu, katanya, PM telah berjaya menyelesaikan beberapa isu yang menyangkut kepentingan negara mahupun antarabangsa.


"Kesungguhan Datuk Seri Anwar untuk bersama-sama para pemimpin ASEAN bagi menjadikan Asia Tenggara sebagai rantau yang kuat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dan cabaran semasa memberi harapan yang positif kepada perkembangannya pada masa hadapan.


"Ini selaras dengan Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Anwar yang menitik beratkan masyarakat diurus dengan baik dan mencapai tujuan pembinaan peradaban bangsa, malah sebagai salah satu usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan ASEAN sebagai satu perkumpulan serantau yang hebat di persada dunia," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page