top of page

'PM silih berganti, kerajaan bertukar, rasuah terus menular' - Anwar



Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat tidak langsung menumpukan usaha melawan rasuah dalam pentadbiran.


Katanya, tiada ada guna menteri dilantik sekiranya hanya untuk mengenyangkan diri sendiri.


"Apa yang berlaku, PM silih berganti, kerajaan bertukar, rasuah terus menular.


"Sebaik pegang jawatan semua jadi kaya raya. Rasuah sekarang terus merebak," katanya dalam nada menyindir dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Selangor, malam tadi.


anwar merasmikan pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Selangor

Oleh itu, Anwar menyeru agar jentera pilihan raya KEADILAN diperkuatkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 agar dapat membentuk kerajaan baharu yang membebaskan rakyat daripada lingkaran rasuah dan korupsi


"Jentera pilihan raya ini, jentera yang memerdekakan rakyat. Apakah erti keadilan?


"Keadilan bagi pemimpin, keadilan bagi rakyat. Itu bezanya bila merdeka. Tidak mungkin keadilan dapat ditegakkan jika pimpinan bobrok. Tengok berapa kali disuarakan mengenai tender, projek. Sekarang ini darurat, tiada tender terbuka. Yang berharga RM200 juta jadi RM300 juta.


"Projek berbilion beri kepada anak, bini, menantu atau kroni. Saya percaya Selangor sudah buktikan dan saya sudah pesan berulang kali perkuatkan Selangor," katanya.


Menurut Anwar lagi, bukan mudah untuk berjuang. Apatah lagi diugut dan ditawarkan kewangan berjuta-juta ringgit.


Hanya individu yang ikhlas sahaja, katanya akan lepas daripada pancaroba dan kekal di pihak rakyat.


Selain itu, beliau juga mengingatkan agar pengundi di Selangor mengekalkan kerajaan yang menghargai mereka.


Kata Anwar, kerajaan PN tidak menghargai rakyat, buktinya vaksin Covid 19 pun tidak mempunyai jadual tertentu bilakah akan diberikan kepada rakyat biasa, selain kepada barisan hadapan dan pemimpin yang telah disuntik dalam sebulan kebelakangan ini.


"Covid 19, berapa jumlah (tempahan vaksin), berapa kos. Saya cadangkan sejak bulan lalu (diberikan segera kepada rakyat). Saya tak ada pilihan, disuruh hadir pukul 10, saya hadir. Vaksin Sinovac kah kena ikut keputusan Menteri Kesihatan. Tetapi saya tanya orang kampung, miskin bandar di Tanjong Karang, Sungai Buloh, bila nak dapat?


"Maknanya orang bawah ini tak ada harga. Ada harga pun bila PRU. Kawasan miskin bila nak dapat (vaksin)," katanya lagi.


Dalam ceramah tersebut juga beliau tidak lupa bagaimana Perdana Menteri Turki, Recep Toyib Erdogan menemuinya setelah selesai rawatan kanser, dan berkata jika PM mendapat rawatan terbaik maka rakyat juga harus memperolehi kualiti yang sama.


Kemudian Erdogan mengarahkan hospital dengan kemudahan terbaik dibina di seluruh daerah-daerah di Turki.


Anwar berpesan supaya pemimpin KEADILAN mencontohi Erdogan yang mengutamakan rakyat dalam setiap perhitungan.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page