top of page

PM setuju pampasan Goldman Sachs dikaji semula



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pendirian Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa perjanjian penyelesian kerajaan dengan Goldman Sachs perlu dikaji semula.


Anwar berkata beliau bersetuju dengan pendirian itu kerana menyifatkan kerajaan berhak memperoleh wang pampasan yang jauh lebih besar.


"Saya bersetuju (dirungkai semula), kerana dari awal saya anggap perjanjian ini dibuat secara gopoh gapah, maka ia timbulkan banyak persoalan, kerana kita harus diberi banyak.


"Umpamanya dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), dengan mereka dahulu nak selesai dengan jumlah yang kecil, bila kita bertegas, kita dapat AS$1.8 bilion, itu besar," katanya dipetik.


Pada 2020, Kementerian Kewangan mengumumkan Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion bagi jumlah penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga urus niaga bon yang disusun dan diatur oleh Goldman Sachs untuk 1MDB.


Penyelesaian itu merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion dari segi aset berkaitan dengan hasil yang diseleweng melalui tiga urus niaga bon tersebut.


Jumlah penyelesaian itu merupakan satu peningkatan ketara jika dibandingkan dengan tawaran sebelumnya sebanyak AS$1.75 bilion dibuat Goldman Sachs pada 2019.


Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengetuai pasukan itu pada 27 Februari lalu menggesa kerajaan menyiasat peranan mereka yang terlibat dalam penyelesaian antara Putrajaya dengan Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB, dan berkata Malaysia mungkin ditipu mengenai perkara itu.


Katanya, Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama untuk tiga bon diterbitkan 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, memperoleh yuran AS$606 juta dalam proses itu.


Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan terus berpendirian tegas bagi memastikan isu 1MDB dapat diselesaikan segera.


"Orang kadangkala pandang ringan atau remeh dalam soal ketelusan dan ketegasan tapi sebenarnya ini menyelamatkan wang rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page