top of page

Sekretariat Konvensyen PH siasat dakwaan gangguan terhadap petugas media

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

Sekretariat Konvensyen Pakatan Harapan (PH) memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan insiden yang melibatkan gangguan terhadap petugas media semasa liputan konvensyen di Johor Bahru, Ahad lalu.


Dalam satu kenyataan, sekretariat berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Media Johor (KMJ) berhubung perkara tersebut.


"Sekretariat Konvensyen PH mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Media Johor berhubung insiden yang didakwa berlaku melibatkan petugas media semasa liputan Konvensyen Pakatan Harapan di Johor Bahru pada Ahad lalu," kata kenyataan itu.


Menurut sekretariat, sebarang dakwaan berkaitan gangguan terhadap pengamal media, termasuk aspek keselamatan dan kelancaran tugasan, tidak boleh dipandang ringan.


"Sekretariat memandang serius sebarang dakwaan berkaitan gangguan terhadap tugas pengamal media, termasuk isu melibatkan keselamatan dan kelancaran tugasan petugas media ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka," katanya.


Pada masa sama, sekretariat menegaskan komitmennya dalam menghargai peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.


Sehubungan itu, sekretariat memaklumkan siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada hari berkenaan.


"Sekretariat sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang insiden yang dibangkitkan, termasuk mendapatkan maklum balas daripada petugas keselamatan, urus setia program dan pihak berkaitan."


Tambah kenyataan itu, pihak sekretariat juga bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.


"Sekretariat juga akan memberikan kerjasama sewajarnya kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi memastikan perkara ini ditangani secara adil dan berhemah," katanya.


Dalam pada itu, langkah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi memastikan pengurusan media dan aspek keselamatan pada program akan datang lebih tersusun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page