top of page

PM seru semarakkan semangat perpaduan, pemikiran segar sempena Deepavali

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 47 minutes ago
  • 1 min read
ree

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar menyambut Deepavali dengan penuh kesyukuran dan semangat perpaduan, menjadikan perayaan Pesta Cahaya itu sebagai wadah memperkukuh keharmonian dalam masyarakat berbilang bangsa.


Dalam perutusan sempena sambutan Deepavali hari ini, beliau menekankan makna mendalam perayaan tersebut sebagai lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.


"Sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati dan memperkukuh persefahaman antara satu sama lain.


"Gunakan kesempatan ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan, dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara," katanya dalam perutusan khas hari ini.


Perdana Menteri turut mengajak seluruh rakyat memanfaatkan kesempatan ini untuk mencetus kebangkitan pemikiran ke arah pencerahan supaya darjat kemanusiaan dalam kalangan rakyat lebih mulus dan sejahtera.


"Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera," ujar beliau.


Anwar dalam pada itu turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu, sambil menzahirkan harapan agar sinar cahaya perayaan membawa kedamaian dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.


"Deepavali Nal Vazhtugal!" katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page