top of page

PM seru rakyat berilmu, jangan terpedaya fahaman sempit



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak agar tidak termakan fahaman sempit seperti kebencian berasaskan kaum yang merosakkan nilai kemanusiaan.


Beliau menegaskan, perbezaan pendapat dibolehkan tetapi Islam sudah menggariskan adab dalam perkara itu sebagaimana dinukilkan oleh Sheikh Dr Taha Jabir Fayyad al-Alwani dalam kitabnya bertajuk 'Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam' (Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam).


Tambahnya, perbezaan pendapat harus diurus berlandaskan ilmu dan bukannya dengan terus bersifat menghukum, apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.


"Kaedah dakwah bukan menghukum. Menghukum adalah tugas kadi atau hakim di mahkamah. Dakwah adalah dengan hikmah dan bijaksana.

"Namun, kalau bercakap terus dengan maki hamun, kemudian disambung dengan tepukan atau 'Allahuakbar' (laungan takbir), maknanya yang bercakap itu tidak betul, yang mendengar pun jahil," katanya .


Beliau yang juga berkata begitu dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra Madani di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Seri Iskandar pada Ahad.


Mengulas lanjut Anwar berkata, pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dirancang kerajaan adalah amat penting diteruskan untuk guru dan pelajar beragama Islam di sekolah.


Dengan memahami hadis-hadir tersebut, ia jelasnya dapat menangani gejala radikalisme serta ekstremisme dalam masyarakat.


"Sekurang-kurangnya fahamlah sikit. Kalau tidak, kita guna Islam ini sebagai slogan, kemudian jeritan semangat tanpa mengambil kira adab, tidak mengambil kira matlamat dan kaedah serta fiqh dakwahnya tidak ada.


"Ini yang menjadi masalah, bukan saja di sini, malah di dunia Islam muncul golongan pengganas seperti ISIS... dia pun guna Islam, mahir dalam al-Quran serta juang atas nama Islam, Allah dan Rasulullah tetapi pembunuhan, pancung dan sebagainya diizinkan.


"Bagaimana kita tangani? Dengan ilmu," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page