top of page

PM seru pertahan pentadbiran Negeri Selangor



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dipertahankan.


Menyifatkan negeri itu sebagai kubu kuat Kerajaan Perpaduan, Selangor jelasnya telah menunjukkan kemajuan dan prestasi terbaik di negara ini dan menjadi model contoh pentadbiran kepada negeri lain.


"Saya harap saudara saudari faham keperluan kita pertahankan bukan kerana sentimen atau jaminan upah tetapi kerana ini negeri yang mencatat kemajuan terbaik selain dari Sarawak.


"Kita sokong kerana kita tahu prestasinya dan komitmen untuk selamatkan negara kita," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Selangor yang dihadiri kira-kira 1,500 penjawat awam, di Shah Alam pada Isnin.


Mengulas lanjut mengenai prestasi pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari selama tempoh lima tahun ini, Anwar menyifatkannya sebagai sangat baik.


Namun jelas Anwar, beliau sentiasa memberi teguran kepada Amirudin agar tidak berada dalam keadaan selesa dalam mentadbir negeri.


"Saudara Amirudin menunjukkan kesungguhan, prestasinya baik, walaupun saya sebagai abang sentiasa beri teguran dan sentiasa tidak berpuas hati. Ini penting kerana kita mahu mengangkat martabat, harkat, darjat negeri dan negara," katanya dipetik.


Beliau sementara itu turut memuji penjawat awam Selangor yang menjadi tonggak pembangunan negeri dan negara.


Keteguhan itu jelasnya harus dipertahankan dengan mengamalkan tatakelola baik dan berhemah dalam melaksanakan tugas.


Penjawat awam juga katanya harus berani dalam mengembalikan maruah dan imej Malaysia sebagai negara yang hebat di rantau ini.


"Kembalikan maruah kita sebagai satu negara hebat dan buktikan dengan usaha kita dalam setahun, dua, atau tiga tahun ini angkat martabat Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini.


"Tengok prestasi Selangor, boleh (dan) boleh lagi kita angkat kerana Selangor mempunyai peranan penting dalam pertahankan induk dan kekuatan ekonomi negara. Sebab itu ramai orang nak rampas. Jangan bagi peluang kepada mereka," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page