Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menghulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang berusia 20 bulan.
Menurut Anwar, sumbangan itu bakal digunakan untuk rawatan Nur Khayla menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir
"Nur Khayla menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan di China.
"Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut sampaikan sumbangan kepada Nur Khayla dan keluarga bagi menampung kos perubatan dan perjalanan mereka nanti," kata Anwar melalui hantaran di laman Facebooknya.
Anwar melalui hantaran tersebut turut memuat naik gambar pertemuan Ahmad Farhan dan keluarga Nur Kayla.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.
"Sama-sama kita doakan agar Nur Khayla selamat jalani pembedahan dan segera sembuh, InshaAllah," tambah Anwar yang juga Presiden KEADILAN.
コメント