top of page

PM sedia terima nasihat ulama berjiwa besar - Ustaz Zawawi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan keterbukaan dan berjiwa besar apabila secara terbuka menyatakan kesediaan untuk menerima nasihat daripada golongan ulama tanpa mengira latar belakang parti politik mereka.


Demikian reaksi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar) apabila diminta mengulas tentang PM Anwar yang secara terbuka membenarkan ulama berbeza latar belakang politik termasuk Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah untuk menasihatinya.


Beliau berkata, hal itu merupakan sikap seorang negarawan dan pemimpin yang berjiwa besar dan wajar dicontohi oleh pemimpin di peringkat akar umbi terutama pimpinan parti pembangkang.


''Pendekatan seperti itu penting agar pemimpin bawahan tidak terikut-ikut dengan sikap segelintir individu yang terlalu angkuh, seolah-olah hanya ulama daripada kelompok mereka sahaja yang benar manakala ulama lain dianggap salah dan ditolak mentah-mentah.


"Akhirnya, masyarakat menjadi keliru dan berselisih tanpa kesudahan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menyimpulkan kenyataannya, beliau menyifatkan, contoh yang ditunjukkan oleh Anwar yang juga Presiden KEADILAN merupakan teladan baik untuk diikuti seluruh masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat dunia.


Terdahulu, tular video di TikTok memaparkan agamawan dikenali sebagai Uwais al Qarni mendedahkan Anwar mengumpulkan 10 ulama dan meminta nasihat dalam majlis tertutup bersama ulama pondok seluruh negara.


''Dalam satu majlis tertutup bersama guru-guru pondok, PM Anwar dan Amirudin (Menteri Besar Selangor), tidak ada apa yang diperkatakan selain Yang Amat Berhormat (YAB) PM telah mengisyaratkan kepada guru-guru pondok, tuan-tuan syeikh yang tua ini untuk memberi nasihat kepada beliau.


''Anwar kata, 'tuan syeikh, tolong beri nasihat kepada saya'. Dia juga minta nasihat daripada beberapa tuan guru lain termasuk seorang tuan guru dari Tumpat, Kelantan yang juga beri nasihat," katanya yang turut serta dalam majlis berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page