top of page

PM santuni El Sisi, warisan budaya Malaysia jambatan persahabatan

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
2 hours ago
1 min read
Presiden El Sisi (kanan) teruja meraikan tarian asli kebudayaan Malaysia dalam majlis makan malam
Presiden El Sisi (kanan) teruja meraikan tarian asli kebudayaan Malaysia dalam majlis makan malam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraikan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, bersama delegasi negara itu dalam satu majlis jamuan minum petang yang diserikan dengan persembahan seni dan budaya Malaysia.


Majlis berkenaan menampilkan persembahan tarian tradisional serta nyanyian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Permata Seni, sekali gus mengetengahkan keunikan serta kekayaan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.


Persembahan itu mencerminkan kepelbagaian budaya negara yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia, selain menyediakan ruang untuk memperkenalkan seni dan tradisi tempatan kepada tetamu dari Mesir.


Anwar berkata, beliau percaya persahabatan antara Malaysia dan Republik Arab Mesir akan terus berkembang berteraskan rasa saling menghormati serta ikatan sejarah dan keilmuan yang telah lama terjalin.


Menurut beliau, hubungan yang dibina sejak sekian lama itu berpotensi membuka lembaran baharu kerjasama yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


Hubungan Malaysia-Mesir bukan sahaja merangkumi kerjasama diplomatik, malah turut mempunyai ruang untuk diperkukuh melalui pertukaran budaya, pendidikan dan ilmu pengetahuan.


Majlis tersebut menjadi sebahagian daripada pengisian Lawatan Negara Presiden El-Sisi ke Malaysia, yang membuka peluang untuk mempererat hubungan persahabatan dan memperluas persefahaman antara kedua-dua negara.


Anwar berharap hubungan erat Malaysia-Mesir akan terus mekar dan diterjemahkan kepada kerjasama yang membawa manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page