top of page

PM sampaikan sumbangan kepada reformis awal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 13, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyampaikan sumbangan bantuan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi menerusi program Program MADANI Kasih.


Setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi hadir mewakili perdana menteri bagi menyantuni dan menyerahkan sumbangan itu dalam satu program di Kelab Tasik Putrajaya.

"Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan.


"Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah," kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) turut berkongsikan beberapa gambar suasana di majlis berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page