top of page

PM sampaikan khutbah Jumaat di pusat Islam New York

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 23, 2023
  • 1 min read


Meskipun belum pernah menyampaikan Khutbah Jumaat atau Hari Raya di mana mana masjid di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam diberi penghormatan untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY), berhampiran Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu.


Dipetik Bernama, Anwar merupakan pemimpin dunia pertama yang diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah di masjid pertama dibuka di bandar raya New York itu.


Beliau menyampaikan khutbah kepada 800 jemaah dan membawakan pengalaman Malaysia dalam mengurus masyarakat yang menganut 3 agama besar dunia; Islam, Buddha dan Hindu secara harmoni.


Anwar berkata kunci kejayaan Malaysia adalah saling hormat menghormati antara budaya satu sama lain.


Beliau turut menyeru agar umat Islam mengukuhkan perpaduan dan mengutamakan pengetahuan serta memperoleh maklumat yang benar untuk menjadi lebih bersederhana sebagaimana dituntut dalam ajaran Islam.


Para jemaah bersalam dan beramah mesra dengan DS Anwar usai solat Jumaat

Selain itu, PM juga menjelaskan konsep baharu Malaysia Madani yang diterapkan untuk mengembalikan kegemilangan negara dan umat Islam di negara ini.


Menyentuh Islamofobia, berliau berkata, pentadbirannya telah mencetak 1 juta nashkah al Quran dan 15,000 daripadanya dihantar ke Sweden di dalam bahasa rasmi negara itu untuk pemahaman penduduk di sana mengenai kesyumulan Islam.


Usai solat Jumaat, Imam ICCNY Saat Jaloh berkata bahawa hari itu merupakan bersejarah kepada pusat Islam itu menerima kehadiran Anwar dan delegasi dari Malaysia.


DS Anwar bukan sahaja diberi peluang mengislamkan mualaf di Malaysia tetapi di New York

Dalam pada itu, PM juga diberi kesempatan untuk mengislamkan seorang mualaf bernama Andrew Vinals


"Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz shahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam," kata Anwar di Facebooknya.


Beliau juga menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada pihak ICCNY untuk kegunaan komuniti Islam di sana.


* Foto kredit: Afiq Hambali PMO



Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page