top of page

PM sambut baik usaha perdamaian digerakkan NGO Melayu, India

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Ikhtiar pendamaian digerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili masyarakat Melayu dan India yang menggesa supaya segala bentuk provokasi perkauman diredakan secepat mungkin disambut baik Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha mencari perdamaian itu merupakan cerminan tahap kematangan rakyat menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.


"Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh NGO yang mewakili badan Islam dan Hindu sekali gus menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.


"Inilah roh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.


"Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara," katanya dalam kenyataan di platform rasminya.


Pada Rabu, beberapa NGO mewakili masyarakat Melayu dan India menggesa segala isu perkauman membabitkan kedua-dua kaum berkenaan dinoktahkan segera.


Menerusi sesi dialog yang diadakan, mereka sepakat supaya jalan perdamaian melalui rundingan perlu diadakan bagi mencari persamaan dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.


"Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional," kata Anwar dalam kenyataannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page