top of page

PM sambut baik penilaian IMF terhadap ekonomi negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 20, 2025
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang disifatkan berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global.


Beliau menegaskan, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, keutamaan negara ketika ini adalah memastikan kestabilan ekonomi dapat diterjemahkan secara bertanggungjawab dan dirasai rakyat.


"Kerajaan MADANI akan terus mengurus kewangan awam secara berhemah dan mempercepat pembaharuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, agar pertumbuhan yang kita bina benar-benar kukuh, berdaya tahan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu hantaran di laman sosialnya.


IMF dalam kenyataannya memaklumkan, Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian hasil dasar perdagangan global yang disokong penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.


Ketua Pasukan IMF bagi Malaysia, Masahiro Nozaki berkata, prestasi itu sebahagiannya mencerminkan dasar ekonomi negara yang kukuh, pihak berkuasa mengekalkan dasar makroekonomi dan kewangan yang berhemat.


Tambahnya, perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Malaysia pada Oktober 2025 juga telah membantu mengurangkan ketidaktentuan bagi perniagaan dan pengguna di Malaysia.


Namun beliau turut mengingatkan bahawa landskap global telah berubah, dengan ketidaktentuan global menjadi normal baharu, justeru membina semula penampan makroekonomi Malaysia kekal kritikal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page