top of page

PM sambut Agong di Parlimen, iringi Istiadat Keberangkatan Balik



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi ketibaan Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Dataran Parlimen pagi ini.


Ketibaan itu antara lain bagi Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka yang turut disambut barisan Menteri Kabinet dan tetamu-tetamu lain.


Dalam pada itu Lagu Negaraku dimainkan Pasukan Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja serentak dengan 21 das tembakan meriam daripada pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat.

PM memberi tabik hormat perbarisan di parlimen

Seri Paduka berdua selepas itu berkenan untuk bersalaman dengan barisan Jemaah Menteri, Ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta perwakilan asing.


Usai acara itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mengambil kesempatan melambai kepada tetamu yang hadir sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya,

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk menaiki pesawat pulang ke Pahang.


Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan 2019 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Jan 2019.


Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page