top of page

PM rasmi pembukaan kampus UKM di Doha, Qatar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam merasmikan pembukaan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.


Menurut Anwar beliau bersyukur kerana berkesempatan dalam lawatan rasminya melihat sendiri kejayaan UKM di Qatar.


"Saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi kesempatan dan ruang ketimbang keberadaan saya di Doha untuk bersama-sama kepimpinan dan warga UKM untuk menyaksikan saat-saat yang unik dan bersejarah ini.


"Ia juga telah meletakkan status pengajian tinggi kita di pentas dunia, apatah lagi UKM bermula sebagai sebuah institusi pengajian awam Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


"Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekwan Hj Toriman di atas kejayaan besar ini," katanya.


PM berharap kejayaan yang dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah serupa selepas ini.


"Sebagai salah seorang yang menandatangani memorandum mendesak penubuhan sebuah universiti awam yang berteraskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, saya berasa bangga untuk bersama-sama warga UKM di hari yang gemilang ini," katanya lagi.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page