top of page

PM, Presiden Turkiye bincang perdagangan, tangani Islamophobia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu rakan sejawatnya Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan hari ini di Turkish House, New York telah berbincang pelbagai perkara termasuk ekonomi, perdagangan dua hala dan kaedah terbaik untuk menangani Islamophobia dalam kalangan masyarakat Barat.


Menurut PM, Malaysia dan Turkiye sepakat untuk meningkatkan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang semakin menggila.


"Kami senada bahawa usaha memberi penjelasan perlu dipergiat. Sekiranya, isu mengenai Islam ini tiada jalan kesudahan maka natijahnya amat teruk untuk masa hadapan, khususnya generasi akan datang," kata PM dalam kenyataannya di Facebook.


Selain itu, Datuk Seri Anwar juga menjemput rakan baiknya dalam perjuangan siasah, Presiden Erdogan untuk melakukan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi mengeratkan lagi hubungan kedua dua buah negara.


"Di akhir pertemuan saya sekali lagi menjemput Presiden Erdogan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebelum hujung tahun ini.


"Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama Malaysia dan Türkiye yang telah sekian lama terjalin akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.


Dalam pekembangan berkaitan, PM juga mengumumkan kerjasama dua hala bidang pelaburan dan perdagangan. Antaranya melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG) juga kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua buah negara.


"Beliau (Presiden) setuju MAHB teruskan (kendali) Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul. Mereka puas hati dengan kejayaan MAHB pada peringkat pertama, sebab itu mahu sambungan dengan runway (landasan) yang lebih panjang," katanya dipetik pada sidang media selepas mesyuarat dua hala dengan Erdogan.


Meskipun persetujuan meneruskan operasi oleh MAHB telah diumumkan, PM berkata ia akan melalui proses tertentu oleh kementerian yang berkenaan.


"Ini satu sokongan yang cukup besar dan keyakinan kepada syarikat Malaysia untuk membangun dan menguruskan Lapangan Terbang Sabiha," kata beliau lagi.


Lapangan terbang Sabiha merupakan pintu masuk keenam paling sibuk di Eropah, dengan jumlah penumpang mencecah 25 juta pada 2021.


Pertemuan itu juga dihadiri menteri-menteri Kabinet daripada kedua-dua negara yang membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala dari segi pelaburan dan perdagangan.


Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Turkiye di ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$4.7 bilion pada 2022 dan pertumbuhan 35 peratus daripada tahun 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page