PM pertahan Menteri Pertahanan langgar SOP, amalan dua darjat - AMK Selangor



Tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri mempertahankan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid-19 jelas menunjukkan amalan dua darjat dalam kerajaan Barisan Nasional.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Chua Wei Kiat, alasan PM bahawa pelanggaran SOP Covid bukan satu jenayah membuktikan kerajaan tidak serius dalam usaha membendung penularan wabak Covid 19 yang kini meningkat jangkitannya 20,000 kes sehari.


"Ini bukanlah berkenaan isu pelanggaran SOP satu jenayah atau tidak. Dalam situasi jangkitan Covid 19 mula naik secara mendadak, pemimpin kerajaan sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat untuk mematuhi peraturan bagi mengekang penularan wabak.


"Ini bukanlah pertama kali pemimpin kerajaan melanggar SOP. Jika kompaun terus dikenakan kepada kaum kayangan, tidak ada masalah untuk mereka melanggar undang-undang walaupun seribu kali kerana mereka mampu membayar denda. Namun jika rakyat biasa melanggar SOP, ada yang telah dijatuhi hukuman penjara kerana tidak mampu membayar.


"Seseorang pemimpin yang melanggar SOP sepatutnya diberi hukuman lebih berat daripada rakyat biasa. Apatah lagi jika melibatkan pemimpin yang bertanggungjawab menguatkuasakan SOP Covid-19," katanya.


Menurut beliau lagi, tindakan Ismail Sabri yang mempertahankan Hishamuddin itu mencerminkan undang-undang yang dirangka demi menjamin keselamatan rakyat begitu mudah 'dibakul sampahkan' oleh puak kayangan.


"Tidak hairanlah kerajaan BN dengan sewenang-wenangnya meletakkan rakyat dalam risiko kesihatan dengan mengadakan pilihan raya untuk merebut kuasa.


"Oleh itu, saya menggesa agar PM tidak memandang ringan isu pelanggaran SOP Covid 19, terutamanya yang melibatkan pemimpin kerajaan dan parti politik.


"Rakyat sudah muak dengan sikap pemimpin kerajaan dan ahli politik yang kerap membelakangi peraturan dan undang-undang dan sebaliknya menuntut sebuah kerajaan yang berakauntabiliti dan peka dengan nasib rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER