PM perlu bertindak balas terhadap tuduhan pemilikan saham Ketua SPRM



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menamatkan 'konspirasi sunyi' selama dua bulan mengenai dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memiliki hampir dua juta saham dalam syarikat tersenarai awam.


Menurut Supremo DAP Lim Kit Siang, Malaysia tidak sanggup lagi untuk mendapat nama buruk di peringkat antarabangsa berikutan terlalu banyak skandal kewangan dan urustadbir yang memualkan di negara ini.


Beliau bertanya, apakah keburukan lain yang menanti Malaysia untuk sebelum masuk ke tahun baharu 2022?


"Semalam, seorang penjenayah yang disabitkan bersalah merasmikan persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur manakala hari ini kita dikejutkan dengan peletakkan jawatan Edmund Terence Gomez daripada Panel SPRM, sekaligus memberi tanda bahawa ada sesuatu yang sangat buruk sedang berlaku dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia.


"Gomez meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap tindakan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM atas dakwaan pemilikan hampir dua juta saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.


Tambah, Kit Siang, biarpun Gomez telah membawa kes berkenaan kepada pengerusi panel, Borhan Dolah pada 12 November menggesa beliau untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan "isu kritikal berkepentingan negara" dan Borhan pada mulanya bersetuju untuk memanggil panel, mesyuarat itu tidak pernah menjadi kenyataan.


"Gomez berkata dia menulis dua kali kepada Borhan mengenai perkara ini dan telah melampirkan lebih banyak maklumat yang diterimanya mengenai pautan perniagaan keluarga Azam.


"Beliau juga memaklumkan kepada Borhan bahawa laman web yang pertama kali menyiarkan dakwaan terhadap Azam pada 26 Oktober telah digodam selepas artikel itu dimuat naik.


"Bagaimanapun, dia tidak menerima sebarang jawapan kepada mana-mana surat tersebut.


"Gomez berkata ketiadaan tindakan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM merupakan "penyelewengan tugas yang serius kepada negara" dan "tidak bertimbang rasa" dan "sangat tidak bertanggungjawab," katanya.


Sebelum ini, tambah Kit Siang, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah telah memfailkan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membincangkan dakwaan pemilikan hampir dua juta saham Azam dalam sebuah syarikat senaraian awam.


Sivarasa telah mendakwa bahawa antara 2015 dan 2016, semasa Azam menjadi pengarah siasatan SPRM, beliau telah menjadi pemilik 930,000 saham dalam Gets Global Bhd pada 30 April 2015 dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.


Sivarasa juga mendakwa, sehingga 21 Mac 2016, Azam juga memiliki 2,156,000 saham dalam senarai awam Excel Force MSC Bhd, manakala adiknya memiliki 3,728,000 saham dalam Gets Global.


Penjawat awam mengikut undang undang adalah dilarang memiliki lebih RM100,000 nilai saham dalam mana-mana syarikat.


Mereka juga dikehendaki mengisytiharkan semua harta mereka kepada ketua jabatan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


"Perdana Menteri, Ismail Sabri mesti bertindak atas peletakan jawatan mengejut Gomez daripada panel SPRM


"Ini mendesak dan penting, terutamanya kerana rakyat Malaysia sedang menunggu dalam resah untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 yang akan dikeluarkan pada bulan depan di mana Malaysia dijangka berada di kedudukan dan mendapat markah yang teruk, mencerminkan usaha anti-rasuah yang semakin buruk dalam tahun lepas.


"Konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri tidak boleh berdasarkan Malaysia yang dianggap di peringkat antarabangsa sebagai semakin korup, yang juga bertentangan dengan prinsip pembinaan negara Rukun Negara iaitu “kesopanan dan kesusilaan”.


"Perlu ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Rasuah dan Penyalahgunaan atau Pembaziran Dana Awam yang harus menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang menyelubungi Ketua SPRM, Azam Baki, Laporan Integriti Kewangan Global yang mendedahkan bahawa Malaysia kerugian besar sebanyak RM1.8 trilion antara 2005 dan 2014 serta kedudukan dan markah yang lemah Malaysia dalam laporan TI CPI," katanya lagi.


Tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, tiba masanya rakyat menuntut ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi mengenai perkara itu, terutamanya dengan pelantikan penasihat yang berlebihan untuk Perdana Menteri apabila beliau mempunyai Menteri Kabinet yang menjaga bidang tugas masing-masing, pelantikan duta yang tidak diperlukan apabila terdapat duta yang dilantik untuk setiap negara dan pelantikan pelantikan GLC.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER