top of page

PM perlu berani berjihad tangani “Vesel Nelayan Asing Tukar Kulit”



Taktik terbaharu nelayan asing mencuri hasil laut secara bersubahat dengan rakyat Malaysia menggunakan nombor pendaftaran sah bot nelayan tempatan untuk 'merompak' ikan di perairan negara perlu diperangi dan ditumpaskan.


Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN Malaysia, Loh Ker Chean, kerajaan tidak boleh melihat isu terbabit sebagai bermusim atau perkara terpencil sebaliknya pencegahan perlu dilakukan sebelum sindiket terbabit berleluasa

Loh Ker Chean

"“Vesel nelayan asing tukar kulit” bermaksud bot asing menggunakan nombor pendaftaran sah bot tempatan bagi mengaburi kegiatan haram mencuri hasil laut kita.


"Aktiviti mencuri hasil laut atau sumber laut negara bukan sahaja merampas rezeki dan pendapatan nelayan rakyat Malaysia tetapi juga mengancam aspek sekuriti makanan negara.


"Oleh itu, saya ingin mendesak pihak kerajaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap rakyat Malaysia baik nelayan tempatan atau penguatkuasa yang didapati bersalah dan mengkhianati negara kerana bersubahat dengan warga asing untuk mencuri hasil laut kita demi keuntungan peribadi," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Ker Chean mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang giat melancarkan jihad memerangi inflasi sejak kebelakangan ini agar berjihad pula memerangi nelayan asing yang menggugat sekuriti makanan negara


"Saya mencabar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan dengan kadar segera bagi membuktikan beliau bukan sahaja berani berjihad perangi “orang tengah” tetapi juga berjihad ke atas pengkhianat negara yang bersubahat dengan warga asing," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page