top of page

PM perlu ambil serius ancaman bunuh Ketua Hakim Negara



Ancaman atau ugutan terhadap Ketua Hakim Negara atau hakim hakim yang lain tidak seharusnya dipandang ringan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, Perdana Menteri Malaysia seharusnya mengarahkan pihak berkuasa keselamatan untuk memberi perlindungan semaksimum mungkin kepada hakim hakim susulan pendedahan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat baru baru ini.


"Hakim -hakim dan institusi Mahkamah tidak boleh dibenarkan diperasugut oleh mana-mana pihak, sama ada pihak elit berkuasa atau yang telah hilang kuasa atau parti- parti politik, politikus-politikus yang rakus, golongan kaya korporat mahupun konglomerat nasional, antarabangsa ataupun penjenayah ala-mafia dan gangster.


"Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat, berasaskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan berlandaskan kesamarataan di bawah undang-undang bagi setiap orang seperti diperuntukkan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan semangat Rukun Negara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Hassan, kebebasan badan kehakiman adalah kunci kepada sistem demokrasi terlaksana dengan sempurna di bawah prinsip asas pengasingan kuasa antara 3 Cabang badan Kerajaan iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.


"Ciri-ciri penting ini ada di Malaysia. Justeru itu keselamatan diri hakim-hakim dan institusi kehakiman amat perlu dijamin dan terpelihara oleh pihak berkuasa Kerajaan," katanya lagi.


Pada 9 Januari lalu, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes-kes berprofail tinggi.


"Yang menjadi luar biasa melibatkan tokoh-tokoh tertentu adalah kecaman itu agak luar biasa, saya sendiri pun mendapat ancaman bunuh serius atau tidak itu soal lain.


"Di masa sama kita melihat sokongan begitu luar biasa yang beri sokongan badan kehakiman.


"Untuk itu, saya menyatakan penghargaan kami atas sokongan masyarakat memahami sebenarnya dalam setiap keputusan kita buat," ujarnya di petik Astro Awani

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page