top of page

PM pengerusikan mesyuarat MTN, fokus agenda peralihan tenaga



Oleh: Azuan Ab Rahman


Jaminan bekalan gas dalam konteks peralihan tenaga dan keterjaminan bekalan elektrik di Semenanjung merupakan antara perkara dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang diadakan semalam.


Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri ahli-ahli Majlis termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Sri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.


Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata MTN adalah majlis tertinggi terkait dengan penetapan hala tuju dan dasar strategik sektor tenaga negara.


"Saya tegaskan kepada ahli MTN kepentingan kerajaan memberi fokus kepada agenda peralihan tenaga yang telah direncanakan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


"Ini termasuklah mempercepat penyediaan rangka kawal selia Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), mekanisme Akses Pihak Ketiga bagi sektor bekalan elektrik serta mekanisme pasaran tenaga boleh baharu (RE Exchange)," katanya.


Bagi tujuan itu jelas Anwar, mesyuarat telah meneliti kemajuan projek dan inisiatif rintis perdana NETR.


"Sebanyak 10 projek rintis perdana telah bermula dan dipantau secara rasmi serta melibatkan pelaburan yang sedang dimuktamadkan berjumlah RM60.7 bilion," katanya.


Melalui hantaran sama, Anwar menegaskan peralihan tenaga yang berkesan memerlukan pendekatan keseluruhan negara.


Ia bagi memastikan kesepaduan perancangan dan pelaksanaan dasar dalam mengimbangi trilema tenaga iaitu jaminan bekalan tenaga, akses kepada bekalan tenaga serta kelestarian alam sekitar yang sejajar dengan gagasan Ekonomi MADANI diperkenal pentadbirannya.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page