PM pengerusikan mesyuarat MB, selaras dasar pembangunan bersama
- Suara Keadilan

- Jul 14
- 1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terutama dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.
"Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan," kata beliau.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.









Comments