top of page

PM pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pasca rombakan



Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang pertama selepas beliau melakukan rombakan ke atas barisan Jemaah Menteri semalam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.


Dalam mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi itu, Perdana Menteri difahamkan memberikan taklimat berhubung peraturan, naratif dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan, lapor Astro AWANI.


Terdahulu kesemua menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik atau bertukar portfolio susulan rombakan itu memulakan tugas masing-masing pada hari ini.


Kesemua mereka meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan kementerian masing-masing selain diberikan taklimat tugasan.


Semalam Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.


Perdana Menteri yang mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan turut mengumumkan pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memperkukuhkan pasukan di perbendaharaan.


Beliau turut memecahkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di bawah Nik Nazmi Nik Ahmad.


Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan masing-masing kepada Kementerian Komunikasi yang kekal di bawah Fahmi Fadzil dan Kementerian Digital diterajui oleh Gobind Singh Deo yang sebelum ini pernah menerajui kementerian terbabit pada era Kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Seorang lagi mantan era PH, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad dikembalikan semula ke portfolio itu menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).


Rombakan itu menyaksikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 manakala Timbalan Menteri meningkat daripada 27 kepada 29 sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.


*Kredit foto: Afiq Hambali/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page