PM, pemimpin ASEAN di beri sambutan rasmi di Australia
- Redzuan Shamsudin
- Mar 6, 2024
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin ASEAN lain malam tadi diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Australia bersempena bermulanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne.
PM dan ketua kerajaan ASEAN lain diraikan dalam upacara bergambar bersama dan makan malam.
"Saya dan Azizah serta rakan pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain diberi sambutan rasmi bersempena bermulanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne.
"Upacara bergambar beramai-ramai, persembahan khas, ucapan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese antara agenda sambutan, sebelum kami dibawa ke National Gallery of Victoria untuk makan malam.
"Esok adalah hari penting untuk ASEAN dan Australia. Hubungan ASEAN-Australia yang kini mencecah 50 tahun perlu terus digemburkan," katanya dalam catataan di Facebook.
Anwar berharap kerjasama lebih inklusif dalam merangka kemajuan, mewujudkan perdamaian dan kemakmuran di rantau ini secara bersama akan diteruskan untuk kemakmuran negara negara di rantau timur dan selatan.
*Kredit foto: Suhairi/PMO
Comments