top of page

PM pastikan pembangunan tidak sisihkan rakyat marhaen di P Pinang



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri kelahirannya Pulau Pinang semalam memberi mesej yang jelas bahawa nasib rakyat marhaen akan lebih diberi penekanan.


Lawatan sehari bertemu Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang menyerlahkan beberapa projek naik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, alam sekitar dan kesihatan.


Antara projek yang menjadi keutamaan di Pulau Pinang dalam taklimat itu adalah Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 di Bayan Lepas yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan tahun ini.


"Ketika taklimat, saya turut meminta Kerajaan Negeri dan kementerian untuk memberi fokus kepada program pembasmian kemiskinan. Pembangunan gerai peniaga-peniaga kecil harus diberi perhatian terutamanya untuk dinaik taraf," kata Anwar dalam catatan di Facebook.


Anwar juga menyingung isu yang menjadi kritikan orang Melayu Pulau Pinang, iaitu kos pemilikan hartanah yang semakin tinggi dan tidak mampu diberi oleh golongan marhaen.

"Saya sarankan agar pihak pemaju dikenakan syarat menyediakan rumah kos rendah dalam kawasan pemajuannya.


"Saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Pulau Pinang ini secara berkesan," katanya lagi.


Anwar jelas mahukan pembangunan yang tidak meminggirkan rakyat biasa dan akan merealisasikan perjuangan membela golongan marhaen yang beliau perjuangkan selama dua dekad sebagai pembangkang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page