top of page

Kata PM paling teruk? Suaram perlu jujur melihat reformasi di depan mata



Pengarah eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy mungkin tidak cermat memerhati perkembangan politik semasa apabila menyatakan Perdana Menteri (PM) ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat melaksanakan reformasi dan akan menjadi PM yang paling teruk jika gagal memenuhi jangkaan.


Bagi Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia, Sim Tze Tzin, komen Doraisamy itu amat tidak adil dan tidak memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 5 bulan berkuasa.


"(Hakikatnya) dalam tempoh 5 bulan ini Kerajaan Perpaduan telah berjaya memansuhkan hukuman mati mandatori. Pembaharuan ini diiktiraf oleh banyak organisasi hak asasi manusia antarabangsa seperti Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Amnesty International sebagai langkah besar ke hadapan untuk hak asasi manusia di Malaysia.


"Juga pada minggu pertama parlimen, PM sendiri melaksanakan Waktu Soalan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat. Ini adalah pembaharuan yang diambil oleh PM untuk meningkatkan peranan parlimen sebagai semak dan imbang yang lebih besar kepada eksekutif.


"PM sendiri telah mengambil banyak soalan kritikal dari pembangkang dan ahli parlimen kerajaan mengenai kerajaannya selama 7 minggu berturut-turut. Siapa yang akan meletakkan dirinya di depan 'barisan penembak', jika bukan Anwar yang berpegang teguh kepada tadbir urus yang baik?


"Ironinya, pemimpin pembangkang pula gagal hadir ke semua PMQT. Sudahkah SUARAM mengkritik pemimpin pembangkang?" tanya Tze Tzin dalam satu kenyataan.


Selian itu, kata Tze Tzin, Parlimen telah menubuhkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas untuk menyelia semua kementerian bagi memastikan akauntabiliti yang lebih besar dan tadbir urus yang lebih baik.


Begitu juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah dipengerusikan oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang untuk memastikan penelitian terhadap semua perolehan dan projek kerajaan agar lebih telus.


"PM telah berpegang teguh dalam agenda reformasi utamanya iaitu anti rasuah. SPRM telah secara bebas dan aktif menyiasat pemimpin dari kedua-dua belah pihak, termasuk kakitangan daripada Menteri semasa.


"Saya ingin mengingatkan En Doraisamy supaya meneliti rekod yang "tidak terlalu jauh" sejarah Perdana Menteri terdahulu (sebelum Anwar)," katanya.


Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga mengingatkan mengenai beberapa PM terdahulu yang menggunakan ISA untuk menganiaya pembangkang dan memenjarakan lawan politik


Juga PM manakah yang menggunakan Akta Perhimpunan Aman untuk mendakwa Ahli Parlimen dan aktivis masyarakat sivil


Tentunya, kata Tze Tzin, bukan PM Anwar Ibrahim.


"PM manakah yang menggunakan Ordinan Darurat untuk menggantung parlimen apabila menghadapi legitimasinya sendiri? PM manakah yang menggunakan FRU untuk menyekat parlimen? Bukankah itu seperti yang dilihat rakyat sebagai tindakan muktamad yang mengancam demokrasi berparlimen?


"Saya ingin bertanya kepada En Doraisamy, secara jujurnya, siapakah Perdana Menteri yang paling teruk?" kata Tze Tzin mengakhiri kenyataannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page