PM naik helikopter tinjau kedaulatan negara, pemimpin PN konvoi motorsikal 'perabis' minyak
- Akmal Manaf

- 3 hours ago
- 2 min read

Laskar siber pembangkang dilihat semakin terdesak memainkan isu minyak apabila cuba memanipulasi sentimen rakyat, termasuk menjadikan langkah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kedaulatan negara melibatkan jarak antara Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah menggunakan helikopter, sebagai bahan politik.
Aktivis Pakatan Harapan (PH), Syam Ghaz berkata, pembangkang jelas terdesak ketika ini untuk mengalihkan isu apabila warga maya seluruh negara ‘menghentam’ Pas kerana didakwa membazirkan minyak dan wang ketika negara sedang berdepan krisis tenaga dunia dengan menganjurkan aktiviti bermotorsikal, Konvoi Bersama 4 Menteri Besar SG4 sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah, di Dataran Batu Buruk, kelmarin.
"Nampak sangat Pemuda Pas Malaysia nak perabis minyak saat kerajaan bagi subsidi.
"Nak tutup isu itu, mereka hentam Datuk Seri Anwar (yang) naik helikopter dengan Datuk Seri Azalina Othman Said (untuk) tinjau Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.
"Mereka tidak boleh beza dan mungkin tak tahu Malaysia dah buat RCI (suruhanjaya siasatan diraja) untuk buka balik kes Pulau Batu Putih," katanya sambil membidas puak pembangkang.

Beliau merujuk kepada acara Konvoi Bermotosikal SG4 melibatkan Menteri Besar Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu.
Difahamkan konvoi itu menghimpunkan lebih 1,000 buah motosikal daripada pelbagai latar belakang peserta.
Syam Ghaz menyifatkan program oleh pihak pembangkang tersebut merupakan satu pembaziran dan menghabiskan minyak berbanding tinjauan yang dilakukan Anwar demi kedaulatan negara.
"Kos minyak helikopter boleh dikira dengan ringgit, tetapi kos pengkhianatan kedaulatan 2018 telah meragut wilayah kita buat selamanya.
"Datuk Seri Anwar ke udara (naik helikopter) untuk memantau pangkalan kita di Batuan Tengah agar tidak dirampas orang.
"Manakala pembangkang berkonvoi di daratan hanya untuk memancing undi bermain politik kaum.
"Pembangkang ‘perabis’ minyak, MADANI pula berusaha keras bagi minyak murah dan kekalkan kedaulatan negara," katanya lagi.




Comments