top of page

PM mulakan usaha kumpul negara Islam lawan Islamophobia



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan usaha mengajak negara Islam menangani pelbagai isu dihadapi umat secara lebih berkesan terutama berkaitan Islamophobia.


Pandangan itu telah disuarakan secara peribadi, ketika beliau menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Persatuan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan delegasinya di Jeddah, Arab Saudi semalam.


"Islamaphobia ialah sikap melampau benci dan anti Islam yang tidak munasabah, tidak siuman kerana dia mengambil sikap yang agak benci kepada semua penganut Islam dan memandang rendah serta menghina agama dan pegangan umat.


"Jadi kita menyatakan harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa (dalam soal ini)," kata Anwar pada sidang media selepas kunjungan hormat itu.


Difahamkan isu Afghanistan, terutama mengenai peluang pendidikan yang terhad dalam kalangan wanita di negara itu turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut.


Anwar juga akan menyentuh supaya lebih banyak usaha dilakukan untuk menyokong perjuangan Palestin.


"Malaysia dan OIC boleh memberikan lebih komitmen untuk membantu Palestin," tambah Anwar.


Untuk rekod, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam rangka lawatan rasmi sulung ke negara Asia Barat itu selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10.


Malaysia dan Arab Saudi dijangka akan membincangkan isu sedia ada selain meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.


Lawatan itu turut diiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan delegasi.


"Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, insya-Allah," kata Anwar dalam hantaran melalui Facebook beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page