top of page

PM-Modi tingkat ekonomi: Buka peluang pelaburan syarikat Malaysia

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
53 minutes ago
2 min read
DS Anwar bersama Modi membincangkan peningkatan hubungan ekonomi Malaysia-India. Foto:PMO
DS Anwar bersama Modi membincangkan peningkatan hubungan ekonomi Malaysia-India. Foto:PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda diplomasi di New Delhi dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi di Hyderabad House, hari ini.


PMX menzahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diberikan kepada delegasi Malaysia sejak tiba di New Delhi pada malam sebelumnya.


Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-India serta memperteguh persahabatan yang berakar daripada sejarah panjang dan hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara.


Fokus kerjasama semikonduktor


Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor strategik, khususnya industri semikonduktor.


"Bicara kami memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor strategik, khususnya industri semikonduktor. Malaysia dan India memiliki kekuatan yang saling melengkapi dan boleh digembleng melalui kerjasama industri, integrasi rantaian bekalan, pembangunan bakat serta pelaburan dua hala," katanya dalam hantaran di media sosial.


Malaysia dan India dilihat mempunyai kekuatan yang saling melengkapi yang boleh digembleng menerusi kerjasama industri, integrasi rantaian bekalan, pembangunan bakat serta peningkatan pelaburan dua hala.


Kerjasama dalam sektor berkenaan berpotensi membuka ruang baharu kepada kedua-dua negara untuk memperkukuh ekosistem industri teknologi tinggi serta meningkatkan peluang ekonomi.


Anwar turut membangkitkan keperluan memudah cara dan mempercepatkan kemasukan barangan eksport Malaysia ke pasaran India.


"Saya juga membangkitkan keperluan untuk memudah cara dan mempercepat kemasukan barangan eksport Malaysia ke pasaran India bagi membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia memanfaatkan potensi pasaran India yang besar dan berkembang pesat," katanya lagi.


Langkah itu penting bagi membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia untuk memanfaatkan potensi pasaran India yang besar dan berkembang pesat.


Anwar berkata Malaysia dan India akan terus memperkukuh hubungan persahabatan yang saling menguntungkan demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page