top of page

PM mesti berani hadapi Undi Percaya, Speaker harus berani hadapi pesaing



Sidang Parlimen bermula 13 September ini seharusnya menghadapi beberapa perkara yang perlu diputuskan melalui undian Ahli-ahli Parlimen.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Chua Wei Kiat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya berani menghadapi usul Undi Percaya terhadap beliau, manakala Speaker Datuk Azhar Azizan Harun juga perlu berani menghadapi usul untuk menukar Speaker sebagaimana yang dicadangkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.


"Pandagan saya Speaker patut menerima cabaran ini. Perdana Menteri yang baru juga patut menerima cabaran supaya membuktikan (majoriti) di Parlimen yang akan datang


"Rasanya kalau pihak Speaker berani untuk menerima cabaran, Ahli Parlimen sepatutnya mengundi di sidang dewan (kali ini)


"Ia amat penting kerana platform itu (pengundian) untuk menunjukkan Speaker mempunyai sokongan majoriti untuk meneruskan perkhidmatan beliau," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya.


Bagi Wei Kiat, beliau agak kecewa dengan Speaker yang sedia ada menjalankan sidang seolah-olah condong kepada kerajaan Perikatan Nasional, maka dewan memerlukan muka baharu yang lebih baik dalam mengendalikan sidang.


"Sehinga kini kita nampak beberapa usul dibangkit oleh Ahli Parlimen pembangkang tetapi akhirnya ditolak.


"Pandangan saya, ia tidak sihat disebabkan dia mengamalkan satu budaya mendegar apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page