top of page

PM merangkap Menteri Kewangan tiada masalah, asal tidak rompak wang rakyat




Perdana Menteri yang dalam masa menjawat Menteri Kewangan bukanlah satu masalah dalam pentadbiran.


Bagi Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) masalah hanya akan wujud apabila individu tersebut menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mengkayakan keluarga atau kroni mereka.


"Soalnya sama ada kedudukan PM dan Menteri Kewangan itu menjadi masalah. Saya nak sebut di sini sama ada digabungkan atau tidak bukan masalah. Masalahnya guna kedudukan untuk rompak harta rakyat dan ini terpakai di banyak kalangan


"Yang bersih, sama ada belah sini atau belah sana jangan bimbang. Tetapi yang terpalit dengan rasuah, itu harus bimbang dan tertekan. Saya bertekad apa pun telahan yang dibuat, saya tekad untuk pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini, saya akan guna segala usaha menghalang khianat dari segi rasuah," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Datuk Seri Radzi Jidin (PN - Putrajaya).


Berkenaan ketirisan 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi oleh kerajaan BN seperti ditanyakan oleh Radzi, Perdana Menteri berkata, pentadbiran PN juga menghadapi beberapa kerosakan ketika memerintah selama 18 bulan.


"Ada kebenaran menyatakan bahawa ada kes kes ketirisan seperti 1MDB, tetapi dalam pemerintahan PN kerosakan banyak juga.


"Ini selain 1MDB termasuklah perbelanjaan janawibawa, projek tebatan banjir juga beberapa ketirisan lain yang sedang dalam siasatan. Ada menanyakan mengapa belum siasat? Itu sebagaimana saya sebut, siasatan urusan SPRM dan badan penguatkuasa.


"Apakah ada tindakan undang undang? Itu bidang kuasa Peguam Negara. Kalau YB sabar mungkin dalam masa terdekat ada berita baik untuk rakyat," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page