top of page

PM merafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Agong



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka yang ke-64.


Melalui hantaran di Facebooknya pada Ahad, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendoakan agar Seri Paduka Baginda diberi kesejahteraan, kesihatan dan kedaulatan serta terus menjadi lambang perpaduan negara.


"Patik bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.


"Semoga baginda kekal karar (tetap) memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia yang tercinta.


"Dirgahayu Tuanku," kata Perdana Menteri.


Melalui hantaran itu juga, Anwar turut berkata beliau dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page