top of page

PM, Menteri UAE bincang pelaburan ke Malaysia

Updated: Oct 7, 2023



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Mohamed bin Hassan Al Suwaidi, Menteri Pelaburan UAE merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADQ.


Pertemuan tersebut menurut PM amat penting kerana ADQ merupakan syarikat pelaburan besar yang berpusat di UAE.


"Saya dimaklumkan, ADQ merupakan syarikat pelaburan berfokuskan kelestarian yang berpangkalan di Abu Dhabi.


"Hatta, saya yakin Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ, sementelahan memasarkan Malaysia sebagai pangkalan atau hab mereka ke pasaran ASEAN," katanya dalam kenyataan.


PM berharap hubungan pelaburan dua hala yang telah kukuh sejak dahulu akan dipereratkan lagi dengan pelbagai kerjasama antara negara.


"Saya yakin MITI dan agensinya MIDA serta MATRADE juga sedang bertiwikrama dalam menambahbaik landskap pelaburan dan perdagangan di Malaysia.


"Sekali lagi, terima kasih H.E. Mohamed bin Hassan Al Suwaidi dan seluruh pasukan atas kepercayaan dan keyakinan anda terhadap Malaysia," kata PM lagi.


PM dalam rangka lawatan kerja dua hari ke UAE yang antara lain memfokus menarik pelaburan dari negara kaya minyak tersebut serta bertemu dengan rakyat Malaysia yang berkerja di sana pada penghujung lawatan.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf, PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page