top of page

PM menghadap Sultan Selangor isu kalimah Allah kepada bukan Islam



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung tindakan selanjutnya Kerajaan Madani terhadap penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.


Menurut Anwar, beliau telah menyembah maklum kepada Baginda berhubung keputusan Kerajaan dalam kes Jill Ireland melawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan yang kontroversi sebelum ini.


"Dalam sesi menghadap saya menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan yang menghormati undang-undang berkuatkuasa di negeri-negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan Majlis Raja-Raja dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat Persekutuan.


"Selepas berbincang dengan DYMM Sultan Selangor, saya menghormati pandangan Baginda yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri Mei lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja," katanya dalam kenyataan petang ini.

PM diraikan dalam majlis santapan diraja

Menurut PM, Sultan Selangor yang mengetuai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah bersetuju membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dalam majlis berkenaan pada Ogos ini.


"Baginda sebagai Pengerusi MKI bersetuju membawa perkara tersebut dibincangkan dalam majlis MKI pada Ogos ini sebelum ia diangkat untuk pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja pada bulan Oktober.


"Justeru, saya sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang menghadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak," katanya lagi.


Tegas Anwar, Kerajaan juga akan memberikan komitmen untuk memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan Majlis Raja-Raja yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page