top of page

PM maklumkan kerjasama antara Malaysia - Universiti Tshinghua



Universiti Tshinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia, maklum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Melalui hantaran di laman Facebooknya, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, perkara itu adalah antara inti pati pertemuannya dengan Presiden Universiti Tshinghua iaitu Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


Mengulas lanjut mengenai bentuk kerjasama, Anwar menjelaskan ia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain mengintai peluang mengadakan kajian secara bersama.

"Universiti Tshinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan.


"Harapan saya agar kerjasama ini dapat diperluaskan sementelahan Universiti Tsinghua dikenali sebagai antara yang terkenal dan mendapat pengiktirafan antarabangsa berkaitan kajian akademik dan bidang pendidikan, khususnya melibatkan kejuruteraan, sains dan teknologi," tambahnya.


Anwar berkata ketika ini, terdapat sejumlah 350 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Tsinghua iaitu yang tertinggi dalam kalangan pelajar asing di universiti tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page