top of page

PM mahu umat Islam hayati semangat hijrah Nabi Muhammad



Umat Islam diajak untuk menghayati semangat penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Makkah ke Madinah.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan di Majlis Ilmu MADANI bersama Tokoh Maal Hijrah 1446H di Kompleks Seri Perdana malam tadi berkata, penghayatan itu amat bermakna bagi mengubah diri umat Islam ke arah budaya baharu, akidah baharu, keyakinan dan pemikiran baharu serta sistem kemasyarakatan yang baharu.


"Ini untuk mengingatkan kita bahawa semangat hijrah ialah semangat perubahan. Mudah-mudahan semangat hijrah ini kita dapat bawa perubahan dalam masyarakat.


"Kita harus bangun dan mulakan kesedaran bermula dengan pembersihan jiwa, hati nurani dan kehidupan. Barulah boleh diisi dengan nilai baharu dan semangat baharu," katanya dipetik.


Tambah Anwar, fahaman sempit dan ketaksuban perlu ditinggalkan dengan memilih ilmu serta kefahaman demi kemaslahatan ummah.


"Kalau kita masih kusut dengan fahaman jahiliah, kejahilan, kezaliman dan penindasan, maka kita tidak boleh mengisi (diri) dengan fahaman baharu dan tindakan baharu," katanya.


Dua Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang juga Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi menghadiri majlis tersebut.


Hassan yang juga bekas Mufti Pulau Pinang pada ucapannya menasihati umat Islam supaya meninggalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran dan perintah Allah bagi mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.


Manakala Sheikh Ali Al-Qaradaghi pula memuji konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan Anwar dengan menyifatkan ia sebagai suatu konsep pemerintahan yang matang dan adil.


"Konsep MADANI yang diperkenal di Malaysia merupakan suatu keaslian yang melawan kemunduran dan membentuk kehidupan bersistem," katanya dihadapan kira-kira 150 tetamu yang hadir pada majlis itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page