top of page

PM mahu umat Islam 'gali' semula karya ulama silam

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 18, 2023
1 min read


Umat Islam di negara ini diseru untuk ‘menggali’ semula karya ulama silam seperti warisan ulama, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, karya tersebut yang menyentuh tentang kepemimpinan dan keadilan telah menarik perhatiannya ketika berada di dalam penjara.


Katanya, karya itu membahaskan perihal solat, berjudul ‘Munyatul Musalli’ (impian orang yang bersolat) tetapi pada bab yang terakhir dalam kitab itu ‘Tatmīm al-Fā’idah’ menceritakan mengenai perihal bernegara, iaitu kepemimpinan dan keadilan.


"Sebelum ini juga saya telah meluncurkan Karya ‘Sayr al-Salikin’ yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. Karya tulisan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia tasawuf di rantau ini.


"Ia mengulas mengenai pemikiran tasawuf Al-Ghazali dan tasawuf-falsafah Ibn. Arabi dengan menggambarkan wacana tingkat tinggi pemikiran Islam yang juga menjadi bacaan institusi pondok.


"Karya agung atau kitab yang berkaitan boleh dikupas dalam memberikan pencerahan kepada masyarakat awam dalam memahami Islam dengan perspektif yang lebih luas," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page