top of page

PM mahu perkasa TVET secara kerjasama swasta - kerajaan



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama strategik dengan pihak swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sangat penting.


Hal itu katanya demi memastikan pelajar-pelajar TVET dilatih sempurna dan seterusnya mendapat pekerjaan dengan pendapatan munasabah.


"Peruntukan untuk TVET ini mengikut belanjawan tahun lalu (2022) adalah sebanyak RM6.7 bilion yang merangkumi pelbagai kementerian atau agensi. Ada 500 institusi kemahiran latihan awam (IKLA) dengan pelajar sekitar 250,000.


"Jadi saya usulkan supaya ada langkah segera kerana kita ada kajian dan jawatankuasa untuk pastikan anak-anak (pelajar) ini dilatih dan mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang munasabah," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, hari ini.


Oleh itu, kerajaan mencadangkan agar pihak syarikat swasta atau GLC melatih, mengurus dan mengguna kepakaran mereka bagi memenuhi keperluan latihan industri berkenaan.


"Sebagai contoh di Pengerang, maka kita akan minta diambil alih oleh Petronas untuk melatih, mengurus, menggunakan kepakaran untuk memenuhi keperluan Petronas.


"Kita ada DRB-HICOM di Pekan, maka bidang automobil dan yang berkaitan itu boleh mengambil alih dan menjalankan (latihan).


"Umpamanya dengan pihak Sunway, dia boleh ambil di Ipoh atau Berjaya untuk bidang perhotelan dan pelancongan," katanya.


Pada masa sama, Anwar Ibrahim berkata, satu jawatankuasa Kabinet akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang akan bertindak untuk mengenalpasti syarikat swasta yang boleh membantu TVET, institut latihan dan GIATMARA untuk menyelesaikan masalah berkaitan 'mismatch' (tidak sepadan) seperti latihan yang tidak diperlukan oleh industri atau kemudahan yang tidak memuaskan.


"Ini satu keputusan yang besar dan kita minta tindakan diambil segera dan selainnya kita akan jelaskan dalam belanjawan pada 24 Februari ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page