top of page

PM mahu peluang mualaf belajar Islam sentiasa tersedia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agensi agama dan pertubuhan dakwah di negara ini berkongsi pandangan dalam memastikan peluang memperoleh ilmu Islam tersedia dengan sebaiknya.


Menurut beliau, langkah itu bagi membolehkan golongan mualaf mengambil kesempatan agar berlumba-lumba menimba ilmu Islam sebenar dengan penuh keterujaan.


"Islam merupakan agama indah yang mampu memberi kebahagiaan hakiki kepada setiap insan tanpa mengira kaum. Sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli atau lain- lain, kedudukan kaya, miskin, berjawatan.


"Atau di mana mereka berada melalui panduan lengkap sebagai mana tertera di dalam al-Quran dan hadis," katanya.


Teks ucapan perdana menteri dibacakan oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Bangi pada Selasa.


Sementara itu Anwar berkata, kerajaan komited untuk memastikan mualaf mampu menjadi mukalaf terbaik melalui penganjuran aktiviti bermanfaat serta dapat memberi impak terbaik.


"Kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperoleh," katanya.


Sementara itu Anwar turut menegaskan, penyebaran pemahaman Islam yang tepat dapat meningkatkan keyakinan Muslim terhadap agama serta mampu memberi kejernihan fikiran kepada bukan Islam agar tidak wujud salah tanggapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page