top of page

PM mahu LIMA '25 jadi peluang strategik, bukan sekadar pameran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 13
  • 1 min read

LIMA '25 perlu memfokuskan kepada pemerkasaan syarikat tempatan seperti perusahaan kecil dan sederhana
LIMA '25 perlu memfokuskan kepada pemerkasaan syarikat tempatan seperti perusahaan kecil dan sederhana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) tidak boleh sekadar menjadi pameran biasa, sebaliknya perlu memfokuskan kepada pemerkasaan syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, Anwar mengarahkan agar LIMA '25 memberi penekanan kepada membina kerjasama antara kerajaan, industri, dan institusi pendidikan bagi memperkukuh inovasi dan membuka laluan syarikat tempatan menembusi pasaran antarabangsa.


"Perdana Menteri menekankan bahawa LIMA 2025 bukan sekadar pameran aset dan teknologi, tetapi untuk membina kerjasama antara kerajaan, industri, institusi pendidikan.


"Penekanan dan pemerkasaan itu perlu dilakukan agar syarikat tempatan khususnya PKS dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi," katanya dipetik pada Isnin.


LIMA'25 menghimpunkan pemain utama dalam sektor pertahanan dan penerbangan komersial, termasuk dalam bidang pembaikan dan pengubahsuaian (MRO), Internet benda (IoT), satelit dan teknologi angkasa.


Penganjurannya mencerminkan komitmen Malaysia terus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi maritim dan aeroangkasa di peringkat serantau dan global.


Pameran itu akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini di Langkawi itu akan membawa tema 'Innovate Today, Thrive Tomorrow'.


"Perdana Menteri mengalu-alukan kehadiran pempamer, pelabur dan pelawat dari dalam dan luar negara untuk menjayakan LIMA’25 sebagai antara edisi yang bermakna dalam sejarah penganjurannya, insya-Allah.


"Usai lawatan rasmi ke Russia pada 13 hingga 16 Mei ini, Perdana Menteri akan menghadiri LIMA’25," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page