PM mahu Kg Baru dimajukan tetapi kepentingan Melayu kekal
- Redzuan Shamsudin
- Feb 21, 2023
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) mahu kemajuan Kampung Baru, Kuala Lumpur menguntungkan orang Melayu sepenuhnya. Bukan memajukan kampung tersebut tetapi kepentingan orang Melayu tidak terjamin.
Hal itu dinyatakan beliau dalam sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.
Beliau berkata kurang bersetuju dengan cadangan memajukan Kg Baru sebelum ini yang memajakkan tanah orang Melayu dalam tempoh puluhan tahun kepada pihak pemaju.
"Saya tidak boleh terima cadagan itu, cadangan terbaru Menteri Wilayah Persekutuan, cadangan leasing dan sebagainya, saya tidak setuju.
"Sebab walaupun hak milik kekal Melayu tetapi kalau leasing 60 - 90 tahun, dia tidak pertahan kepentingan penduduk Melayu. Ia dari awal Malay Agricultural Settlement (M.A.S.)
"Pandangan mantan Menteri dulu (Khalid Samad) saya ambil kira, tetapi prinsipnya mesti cari jalan dan kaedah untuk mempertahankan kepentingan wilayah Melayu di Kuala Lumpur iaitu di Kg Baru," katanya menjawab soalan Azli Yusof (PH - Shah Alam).
Sebaliknya Anwar berkata, kemajuan yang akan dilakukan di kawasan itu perlu memastikan tanah Kg Baru kekal milik penuh orang Melayu.
"Walaupun sekarang ini saya bangunkan gerai yang agak moden dan smart city yang merentas Kg Baru, prinsipnya bahawa ia akan dikekal sebagai milik Melayu di KL," katanya lagi.
Comentários