top of page

PM mahu Jakim, Akademi Fiqh kupas kefahaman Islam sebenar



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) secara berterusan.


Perdana Menteri (PM) berkata, kerjasama itu boleh dilakukan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penganjuran program bercorak seminar kajian dan pendidikan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.


"Usaha ini selaras dengan matlamat Malaysia MADANI yang antara lain untuk menarik sinergi kepelbagaian latar bagi mengupas hal ehwal agama dalam kefahaman yang sebenar, seimbang dan memahami sosiobudaya masyarakat berpaksikan al-Quran dan Sunnah," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.


Dalam hantaran tersebut Anwar memberitahu, semalam beliau menerima kunjungan Setiausaha Agung IIFA Prof Emeritus Datuk Dr. Koutoub Mustapha Sano di pejabatnya di Putrajaya semalam.


Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.


Perdana Menteri berkata dalam pertemuan tersebut beliau menzahirkan penghargaan atas inisiatif dilaksanakan Dr. Koutoub yang berusaha mengangkat martabat wanita melalui pembudayaan ilmu dan sistem pengajian yang sistematik di beberapa buah negara Islam.

"Saya turut berkongsi aspek bantuan pendidikan kepada Palestin yang disambut baik oleh Dr. Koutoub," katanya.


Dr Koutoub, 57, sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri di Pejabat Presiden Guinea dan penasihat diplomatik kepada Presiden.


Beliau turut pernah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak awal 90-an sebelum dilantik sebagai Timbalan Rektor UIAM (2005-2009).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page